Tuesday, July 7, 2009

ARP - PENYELENGARAAN KOMPUTER

hari ini, kami telah di dedahkan dengan kursus penyelengaraan komputer untuk mengisi masa dalam kompenan kemahiran. pelbagai perkara baru yang telah kami perolehi dengan penerangan secara terperinci oleh En. Yusman. kami juga telah di fokuskan kepada cpu komputer dan mengenali peralatan yang berkaitan dengannya.

en. yusman menerangkan secara terperinci

pelajar sedang memberikan tumpuan

kesimpulanya, semua pelajar dapat memahami dan mengetahui dan dapat mengenal pasti cara dan masalah jika berlaku sesuatu terhadap komputer. Satu kursus kemahiran yang sangat bagus untuk generasi muda kini dan masa depan.

Sunday, June 28, 2009

ARP - LOMPAT TALI UTK JANTUNG

Progam Lompat Tali untuk Jantung ini telah diadakan di Central Market, Kuala Lumpur. Terdapat dua buah sekolah yg turut menjayakan program ini, iaitu SMK Victoria dan juga SMK Bandaraya. Program ini berjalan dengan lancar dan telah mendapat kerjasama dari semua pihak dengan baik. Program ini juga adalah salah satu program dibawah kompenan rekreasi dan fizikal dalam Anugerah Remaja Perdana (ARP). Terdapat pelbagai aktiviti menarik turut diadakan dan tindak balas yg diberikan oleh semua peserta adalah begitu memberangsangkan.

program LOMPAT TALI UNTUK JANTUNG 2009

peserta sedang melakukan senaman pagi dengan ceria

pelajar sedang meneliti maklumat mengenai bahayanya dadah

acara teka silang kata


acara " cross word puzzle "

secara kesimpulanya, program berjalan dengan sgt baik. TAHNIAH diucapkan kepada SMK Victoria kerana telah memberikan kerjasama yang baik sekaligus berjaya mengaut hadiah paling bnyk secara keseluruhan. semoga aktiviti ini akan terus diadakan pada masa akan datang.

Tuesday, June 23, 2009

BENGKEL " MY BLOG" SIBER

Ahad, 21 jun 2009, para peserta Bengkel Program "My Blog" Siber, Kawasan Bukit Bintang telah berjaya menyiapkan tugasan yg diberi dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada ke lima-lima kumpulan kerana telah menunjukkan sikap kerjasama yg baik dlm sesebuah kumpulan utk menunjukkan kreativiti kumpulan masing-masing mengenai PBSK, Bukit Bintang. Sejurus selepas itu, turut diadakan majlis penutupan program bengkel "My Blog" siber ini. Majlis penutupan ini dibuat bersama dengan Program Rakan Muda Bebas Jenayah Kawasan Putrajaya 2009.

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Yg Berbahagia, Puan Hatipah bt Ibrahim,
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

para peserta diberi sijil penghargaan

TAHNIAH! diucapkan kepada peserta perempuan dan peserta lelaki terbaik.
SYAZWANI BT ABD RAZAK dan MOHAMAD SHAFIQ b. KAMARUDDIN


majlis penutupan berakhir.

kami sempat bergambar sebelum pulang ke sekolah.

Program kali ini banyak memberi pendedahan mengenai blog pada masa kini. para peserta dapat mengaplikasikannya dengan baik. diharapkan program sebegini dapat diteruskan untuk generasi yang akan datang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Azhar b. Bakar selaku tenaga pengajar dan juga En. Mohd Farihan b. Che Jusoh, selaku Penyelaras Program Bengkel "My Blog" Siber pada kali ini.