Tuesday, July 7, 2009

ARP - PENYELENGARAAN KOMPUTER

hari ini, kami telah di dedahkan dengan kursus penyelengaraan komputer untuk mengisi masa dalam kompenan kemahiran. pelbagai perkara baru yang telah kami perolehi dengan penerangan secara terperinci oleh En. Yusman. kami juga telah di fokuskan kepada cpu komputer dan mengenali peralatan yang berkaitan dengannya.

en. yusman menerangkan secara terperinci

pelajar sedang memberikan tumpuan

kesimpulanya, semua pelajar dapat memahami dan mengetahui dan dapat mengenal pasti cara dan masalah jika berlaku sesuatu terhadap komputer. Satu kursus kemahiran yang sangat bagus untuk generasi muda kini dan masa depan.

Sunday, June 28, 2009

ARP - LOMPAT TALI UTK JANTUNG

Progam Lompat Tali untuk Jantung ini telah diadakan di Central Market, Kuala Lumpur. Terdapat dua buah sekolah yg turut menjayakan program ini, iaitu SMK Victoria dan juga SMK Bandaraya. Program ini berjalan dengan lancar dan telah mendapat kerjasama dari semua pihak dengan baik. Program ini juga adalah salah satu program dibawah kompenan rekreasi dan fizikal dalam Anugerah Remaja Perdana (ARP). Terdapat pelbagai aktiviti menarik turut diadakan dan tindak balas yg diberikan oleh semua peserta adalah begitu memberangsangkan.

program LOMPAT TALI UNTUK JANTUNG 2009

peserta sedang melakukan senaman pagi dengan ceria

pelajar sedang meneliti maklumat mengenai bahayanya dadah

acara teka silang kata


acara " cross word puzzle "

secara kesimpulanya, program berjalan dengan sgt baik. TAHNIAH diucapkan kepada SMK Victoria kerana telah memberikan kerjasama yang baik sekaligus berjaya mengaut hadiah paling bnyk secara keseluruhan. semoga aktiviti ini akan terus diadakan pada masa akan datang.

Tuesday, June 23, 2009

BENGKEL " MY BLOG" SIBER

Ahad, 21 jun 2009, para peserta Bengkel Program "My Blog" Siber, Kawasan Bukit Bintang telah berjaya menyiapkan tugasan yg diberi dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada ke lima-lima kumpulan kerana telah menunjukkan sikap kerjasama yg baik dlm sesebuah kumpulan utk menunjukkan kreativiti kumpulan masing-masing mengenai PBSK, Bukit Bintang. Sejurus selepas itu, turut diadakan majlis penutupan program bengkel "My Blog" siber ini. Majlis penutupan ini dibuat bersama dengan Program Rakan Muda Bebas Jenayah Kawasan Putrajaya 2009.

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Yg Berbahagia, Puan Hatipah bt Ibrahim,
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

para peserta diberi sijil penghargaan

TAHNIAH! diucapkan kepada peserta perempuan dan peserta lelaki terbaik.
SYAZWANI BT ABD RAZAK dan MOHAMAD SHAFIQ b. KAMARUDDIN


majlis penutupan berakhir.

kami sempat bergambar sebelum pulang ke sekolah.

Program kali ini banyak memberi pendedahan mengenai blog pada masa kini. para peserta dapat mengaplikasikannya dengan baik. diharapkan program sebegini dapat diteruskan untuk generasi yang akan datang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Azhar b. Bakar selaku tenaga pengajar dan juga En. Mohd Farihan b. Che Jusoh, selaku Penyelaras Program Bengkel "My Blog" Siber pada kali ini.

Saturday, June 20, 2009

ARP - FIZIKAL dan REKREASI

PENGUMUMAN!!

TERBARU!! Pada 27 dan 28 jun 09, satu lagi program dibawah kelolaan kelab rakan muda, akan mengadakan satu aktiviti lompat tali untuk jantung yang diadakan di central market,Kuala Lumpur dan juga satu aktiviti rekreasi bermain paintball. Untuk pengetahuan semua aktiviti yang bakal diadakan ini adalah dibawah kompenan reakreasi fizikal.

Peluang diberikan kepada pelajar tingkatan enam bawah dan tidak digalakkan kepada pelajar tingkatah enam atas, kepada sesiapa yang berminat, sila beri butiran anda kepada En. Salahuddin b Mohamed Nawi sebelum minggu depan.

Jangan lepaskan peluang anda.

ARP - KEMAHIRAN

Hari ini sekumpulan pelajar dari SMK Victoria, dibawah jagaan En. Salahuddin b Mohamed Nawi, telah menjalani bengkel "MY BLOG" Rakan Muda Siber Kawasan Bukit Bintang yang bertempat di Makmal Komputer, Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Bengkel ini berjalan selama dua hari iaitu pada 20 dan 21 Jun 2009. Kami disambut oleh En. Farihan Che Jusoh dan kemudian kami telah diberi penerangan mengenai blog oleh penceramah jemputan iaitu En. Azhar. Pengalaman baru ini telah memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kemahiran membuat blog. Tindak balas pelajar juga amat baik dan bengkel ini akan bersambung pada keesokkan harinya sekaligus turut diadakan majlis penutupannya.

para peserta begitu bersemangat membuat blog

penerangan secara ringkas daripada En. Farihan
Aktiviti membuat blog ini telah menambahkan lagi kemahiran kami tentang komputer. Kegunaan komputer bukan setakat hanya melayari internet, malah ia boleh dijadikan sebagai tempat untuk berkongsi pengalaman dan cerita yang berlaku kepada kita seharian. Selain itu, melalui blog, kita boleh mencari pendapatan tambahan.

ARP - KEMASYARAKATAN

Kompenan kemasyarakatan merupakan satu aktiviti yang dilakukan bagi membantu membuat kerja amal. Dalam usaha mengumpul jam bagi memenuhi kriteria terbabit, pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah kami lakukan. Antaranya adalah aktiviti kemasyarakatan mengutip sampah sarap disepanjang pesisir pantai di Tumpat, Kelantan pada 1 hingga 3 Jun tempoh hari.. Aktiviti selama 2 jam ini, memberi kami ruang untuk membuat kerja amal. Selain daripada itu, pada 30 Mei 2009, kami juga diberi peluang membantu persatuan untuk berniaga pada hari karnival Victoria. Aktiviti berniaga ini juga merupakan salah satu daripada kompenan kemasyarakatan. Aktiviti kemasyarakatan ini bukan sahaja digunakan untuk mengumpul jam, tetapi kami mengambil inisiatif ini untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan persahabatan sesama warga Victoria.

saling berkerjasama

saling bantu membantu

Aktiviti kemasyarakatan ini telah berjaya disempurnakan dengan jayanya. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang telah terlibat. Sebagai seorang pelajar yang berwawasan dan mempunyai jati diri yang tinggi kami sentiasa lakukan yang terbaik. Mempunyai matlamat dan objektif bagi mencapi keperluan yang maksima. Harapan kami semoga aktiviti kemasyarakatan ini akan dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang.

ARP - PENGEMBARAAN

Kelab Rakan Muda Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria sekali lagi telah melakarkan satu peristiwa penting terutama bagi pelajar tingkatan enam. peristiwa yang mengamit kenangan terindah itu adalah satu daripada empat kompenan yang perlu diselesaikan oleh pelajar yang menyeretai anugerah remaja perdana. kompenan yang dimaksudkan adalah kompenan pengembaraan yang mengkehendaki pelajar untuk berkhemah disesuatu kawasan. kem tersebut telah diadakan di tumpat kelantan selama 3hari dan 2malam. pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi mengisi tentatif program. di akhir kem,para pelajar pulang dengan perasaan gembira dan puas! Berikut merupakan bingkisan yang telah menjadi kenangan selama kami berada disana.

setibanya di kelantan

semasa beikrar, muka serius


aktiviti ldk

kerjasama yang amat baik


perbincangan dalam kumpulan


bola tampar di tepi pantai

malam kebudayaan

gambar berkumpulan


aktiviti salingan (ops, terkena, hee)

haa, jawab zheng =)


pembentangan kumpulan


lagak mereka sempoi, hee


tahniah pada kumpulan yg menang


macam2 aksi mereka nihh


gambar pada hari terakhir


selamat tinggal kelantan

ANUGERAH REMAJA PERDANA

Program Anugerah Remaja Perdana telah mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 2001. Program ini mengambil sempena Program Duke of Edinburgh’s Award yang telah mula diperkenalkan di United Kingdom pada tahun 1956. Ianya adalah satu wadah bagi memberi sokongan dan semangat kepada golongan remaja di dalam menanamkan nilai-nilai seperti semangat, bekerjasama dan sebagainya ke arah mencapai personaliti unggul. Program ini adalah satu-satunya program yang mengiktiraf penglibatan golongan muda berusia 14-25 tahun. Program seumpama ini telah dilaksanakan dan berkembang pesat di beberapa buah negara di seluruh dunia dengan pelbagai nama seperti The President Award di Afrika Selatan, Young Canadian’s Challenge di Kanada, The National Youth Achievement Award di Singapura dan berbagai-bagai lagi nama yang telah diberi mengikut kesesuaian negara masing-masing. Apabila program ini diperkenalkan di Malaysia, ia dikenali sebagai Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dan Kementerian Belia dan Sukan bertindak sebagai Badan Berkuasa Anugerah PeringkatKebangsaan yang dikoordinasi dan diuruskan oleh Cawangan Gaya Hidup, Bahagian Pembangunan Rakan Muda.

GANGSA -14 TAHUN KE ATAS

Khidmat Masyarakat
Matlamat : untuk menggalakkan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat
(sekurangkurangnya 15 jam untuk tempoh 3 bulan)

Rekreasi Fizikal
Matlamat : untuk menggalakkan peningkatan prestasi, semangat kesukanan dan kesedaran tentang gaya hidup aktif (sekurang-kurangnya 15 jam untuk tempoh 3 bulan)

Kemahiran & Inovasi
Matlamat : untuk menggalakkan penemuan dan pembentukan kemahiran dalam aspek pencarian maklumat, kesenian, komunikasi, teknologi dan apresiasi budaya. (sekurang-kurangnya 15 jam untuk tempoh 3 bulan)

Penjelajahan & Ekspidisi
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan dalam aktiviti gaya hidup yang lebih bermakna dan produktif dengan semangat ingin meneroka sesuatu yang baru. (aktiviti perkhemahan 2 hari 1 malam, serta kegigihan selama 12 jam yang merangkumi aktiviti yang mencapai masa 6 jam sehari)

PERAK -16 TAHUN KE ATAS

Khidmat Masyarakat
Matlamat : untuk menggalakkan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat (sekurang-kurangnya 30 jam untuk tempoh 6 bulan)

Rekreasi Fizikal
Matlamat : untuk menggalakkan peningkatan prestasi, semangat kesukanan dan kesedaran tentang gaya hidup aktif (sekurang-kurangnya 30 jam untuk tempoh 6 bulan)

Kemahiran & Inovasi
Matlamat : untuk menggalakkan penemuan dan pembentukan kemahiran dalam aspek pencarian maklumat, kesenian,komunikasi, teknologi dan apresiasi budaya. (sekurang-kurangnya 30 jam untuk tempoh 6 bulan)

Penjelajahan & Ekspidisi
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan dalam aktiviti gaya hidup yang lebih bermakna dan produktif dengan semangat ingin meneroka sesuatu yang baru (aktiviti perkhemahan 2 hari 1 malam, serta kegigihan selama 21 jam yang merangkumi aktiviti yang mencapai masa 7 jam sehari)

EMAS - 17 TAHUN KE ATAS

Khidmat Masyarakat
Matlamat : untuk menggalakkan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat (sekurang-kurangnya 60 jam untuk tempoh 12 bulan)

Rekreasi Fizikal
Matlamat : untuk menggalakkan peningkatan prestasi, semangat kesukanan dan kesedaran tentang gaya hidup aktif (sekurang-kurangnya 60 jam untuk tempoh 12 bulan)

Kemahiran & Inovasi
Matlamat : untuk menggalakkan penemuan dan pembentukan kemahiran dalam aspek pencarian maklumat, kesenian,komunikasi, teknologi dan apresiasi budaya (sekurang-kurangnya 60 jam untuk tempoh 12 bulan)

Penjelajahan & Ekspidisi
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan dalam aktiviti gaya hidup yang lebih bermakna dan produktif dengan semangat ingin meneroka sesuatu yang baru (aktiviti perkhemahan 2 hari 1 malam, serta kegigihan selama 32 jam yang merangkumi aktiviti yang mencapai masa 8 jam sehari)

Projek Penempatan
Matlamat : untuk menggalakkan penglibatan peserta dalam aktiviti berfaedah bersama dengan masyarakat yang dipilih. (melakukan aktiviti pilihan yang berfaedah untuk masyarakat setempat secara berkumpulan selama 5 hari 4 malam berturut-turut)

PENYERTAAN

Memberi peluang kepada belia yang berumur 13-25 tahun tanpa mengira jantina, agama, budaya mahupun kemampuan fizikal dan mental. Program ini bukan bersifat pertandingan dan lebih menekankan kepada pencapaian serta kemajuan individu. Program ini bersifat sukarela dan sekiranya anda berusia melebihi 25 tahun, anda boleh menjadi sukarelawan. Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda seperti menjadi pemimpin, mentor, jurulatih, penyelia atau penilai.

TAHAP ANUGERAH

Terbahagi kepada 3 peringkat iaitu Gangsa, Perak dan Emas. Mempunyai 4 komponen wajib iaitu Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal, Kemahiran dan Pengembaraan. Kesemua komponen tersebut mempunyai tempoh masa yang ditetapkan untuk mendapatkan pertauliahan. Peserta anugerah di peringkat Emas perlu melengkapkan satu kategori tambahan, iaitu Projek Penempatan selama 5 hari 4 malam di suatu penempatan yang dipilih, serta ditemani oleh individu yang bukan kenalan.

BADAN OPERASI

Badan operasi adalah terdiri daripada persatuan belia, sekolah, kolej, institusi, agensi bukan kerajaan, badan-badan swasta, sektor korporat atau pasukan beruniform. Orang yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam Badan Operasi bagi mengendalikan program ini dikenali sebagai Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Antara tugas pemimpin ialah untuk memberi penjelasan mengenai program ini kepada peserta, membantu peserta memilih aktiviti, memperkenalkan peserta dengan jurulatih dan memastikan cabaran yang dipilih oleh peserta adalah bersesuaian dengan peringkat anugerah yang hendak dicapai, serta memastikan kelayakan peserta untuk penganugerahan.

FAEDAH PROGRAM

Program ini adalah program berasaskan semangat kesukarelawan, memberi peluang dan cabaran kepada belia menerusi aspek-aspek berikut :-

1. Menyediakan peluang-peluang baru untuk menyahut cabaran.
2. Membentuk matlamat diri sendiri dan mencapainya.
3. Belajar mengenali diri melalui penemuan sendiri, kualiti peribadi dan kesungguhan.
4. Mampu merancang dan mengatur aktiviti mengikut kemampuan sendiri.
5.Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan berpandangan positif.
6. Belajar bergaul dan berinteraksi dalam masyarakat.
7.Menjadi lebih peka kepada keadaan sekeliling dan persekitaran.
8. Membina kebokehan untuk mengatasi segala cabaran yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

PENGENALAN PBSK

VISI

1. Ke arah mewujudkan masyarakat belia yang memiliki keperibadian yang bersepadu dari segi rohani, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, bersemangat sukarela dan patriotik untuk menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran negara.

2. Melahirkan masyarakat yang aktif, sihat dan cergas serta membangunkan atlet sukan berprestasi tinggi hingga ke taraf antarabangsa.

MISI

Menyediakan Program Pembangunan Belia dan Sukan supaya dapat memberi sumbangan terbaik ke arah pembinaan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dalam pelbagai bidang, khususnya bagi :

1. Meningkatkan pembangunan generasi muda ke arah mewarisi dan mengangkat peradaban bangsa dan negara.

2. Pembangunan sukan untuk individu dan masyarakat.

OBJEKTIF KBS

“ Untuk membina masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang sosial dan ekonomi serta untuk membina masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya sukan ke arah perpaduan dan pembangunan negara. ”

PERASMIAN BLOG KAMI