Saturday, June 20, 2009

ARP - KEMASYARAKATAN

Kompenan kemasyarakatan merupakan satu aktiviti yang dilakukan bagi membantu membuat kerja amal. Dalam usaha mengumpul jam bagi memenuhi kriteria terbabit, pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah kami lakukan. Antaranya adalah aktiviti kemasyarakatan mengutip sampah sarap disepanjang pesisir pantai di Tumpat, Kelantan pada 1 hingga 3 Jun tempoh hari.. Aktiviti selama 2 jam ini, memberi kami ruang untuk membuat kerja amal. Selain daripada itu, pada 30 Mei 2009, kami juga diberi peluang membantu persatuan untuk berniaga pada hari karnival Victoria. Aktiviti berniaga ini juga merupakan salah satu daripada kompenan kemasyarakatan. Aktiviti kemasyarakatan ini bukan sahaja digunakan untuk mengumpul jam, tetapi kami mengambil inisiatif ini untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan persahabatan sesama warga Victoria.

saling berkerjasama

saling bantu membantu

Aktiviti kemasyarakatan ini telah berjaya disempurnakan dengan jayanya. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang telah terlibat. Sebagai seorang pelajar yang berwawasan dan mempunyai jati diri yang tinggi kami sentiasa lakukan yang terbaik. Mempunyai matlamat dan objektif bagi mencapi keperluan yang maksima. Harapan kami semoga aktiviti kemasyarakatan ini akan dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang.

No comments: