Saturday, June 20, 2009

ARP - KEMAHIRAN

Hari ini sekumpulan pelajar dari SMK Victoria, dibawah jagaan En. Salahuddin b Mohamed Nawi, telah menjalani bengkel "MY BLOG" Rakan Muda Siber Kawasan Bukit Bintang yang bertempat di Makmal Komputer, Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Bengkel ini berjalan selama dua hari iaitu pada 20 dan 21 Jun 2009. Kami disambut oleh En. Farihan Che Jusoh dan kemudian kami telah diberi penerangan mengenai blog oleh penceramah jemputan iaitu En. Azhar. Pengalaman baru ini telah memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kemahiran membuat blog. Tindak balas pelajar juga amat baik dan bengkel ini akan bersambung pada keesokkan harinya sekaligus turut diadakan majlis penutupannya.

para peserta begitu bersemangat membuat blog

penerangan secara ringkas daripada En. Farihan
Aktiviti membuat blog ini telah menambahkan lagi kemahiran kami tentang komputer. Kegunaan komputer bukan setakat hanya melayari internet, malah ia boleh dijadikan sebagai tempat untuk berkongsi pengalaman dan cerita yang berlaku kepada kita seharian. Selain itu, melalui blog, kita boleh mencari pendapatan tambahan.

No comments: