Saturday, June 20, 2009

ARP - FIZIKAL dan REKREASI

PENGUMUMAN!!

TERBARU!! Pada 27 dan 28 jun 09, satu lagi program dibawah kelolaan kelab rakan muda, akan mengadakan satu aktiviti lompat tali untuk jantung yang diadakan di central market,Kuala Lumpur dan juga satu aktiviti rekreasi bermain paintball. Untuk pengetahuan semua aktiviti yang bakal diadakan ini adalah dibawah kompenan reakreasi fizikal.

Peluang diberikan kepada pelajar tingkatan enam bawah dan tidak digalakkan kepada pelajar tingkatah enam atas, kepada sesiapa yang berminat, sila beri butiran anda kepada En. Salahuddin b Mohamed Nawi sebelum minggu depan.

Jangan lepaskan peluang anda.

ARP - KEMAHIRAN

Hari ini sekumpulan pelajar dari SMK Victoria, dibawah jagaan En. Salahuddin b Mohamed Nawi, telah menjalani bengkel "MY BLOG" Rakan Muda Siber Kawasan Bukit Bintang yang bertempat di Makmal Komputer, Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Bengkel ini berjalan selama dua hari iaitu pada 20 dan 21 Jun 2009. Kami disambut oleh En. Farihan Che Jusoh dan kemudian kami telah diberi penerangan mengenai blog oleh penceramah jemputan iaitu En. Azhar. Pengalaman baru ini telah memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kemahiran membuat blog. Tindak balas pelajar juga amat baik dan bengkel ini akan bersambung pada keesokkan harinya sekaligus turut diadakan majlis penutupannya.

para peserta begitu bersemangat membuat blog

penerangan secara ringkas daripada En. Farihan
Aktiviti membuat blog ini telah menambahkan lagi kemahiran kami tentang komputer. Kegunaan komputer bukan setakat hanya melayari internet, malah ia boleh dijadikan sebagai tempat untuk berkongsi pengalaman dan cerita yang berlaku kepada kita seharian. Selain itu, melalui blog, kita boleh mencari pendapatan tambahan.

ARP - KEMASYARAKATAN

Kompenan kemasyarakatan merupakan satu aktiviti yang dilakukan bagi membantu membuat kerja amal. Dalam usaha mengumpul jam bagi memenuhi kriteria terbabit, pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah kami lakukan. Antaranya adalah aktiviti kemasyarakatan mengutip sampah sarap disepanjang pesisir pantai di Tumpat, Kelantan pada 1 hingga 3 Jun tempoh hari.. Aktiviti selama 2 jam ini, memberi kami ruang untuk membuat kerja amal. Selain daripada itu, pada 30 Mei 2009, kami juga diberi peluang membantu persatuan untuk berniaga pada hari karnival Victoria. Aktiviti berniaga ini juga merupakan salah satu daripada kompenan kemasyarakatan. Aktiviti kemasyarakatan ini bukan sahaja digunakan untuk mengumpul jam, tetapi kami mengambil inisiatif ini untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan persahabatan sesama warga Victoria.

saling berkerjasama

saling bantu membantu

Aktiviti kemasyarakatan ini telah berjaya disempurnakan dengan jayanya. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang telah terlibat. Sebagai seorang pelajar yang berwawasan dan mempunyai jati diri yang tinggi kami sentiasa lakukan yang terbaik. Mempunyai matlamat dan objektif bagi mencapi keperluan yang maksima. Harapan kami semoga aktiviti kemasyarakatan ini akan dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang.